Apa itu Cute Creative Card?

CuteCreativeCard (CCC) adalah sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan membuat Kad Jemputan Kahwin , harijadi, berkhatan dan apa-apa jemputan dan kad perniagaan (bussiness card) secara online. CuteCreativeCard ni sebenarnya adalah rebranding TEENICE dan KADsekeping yang telah wujud sejak tahun 2008. Pada waktu itu 'modus operandi' TEENICE adalah dengan cara berjumpa dengan pelanggan untuk membincangkan tentang jenis kad, saiz kad, design, harga dan macam-macam lagi. Semua proses itu agak memakan masa dan melambatkan proses penyiapan kad kahwin yang sepatutnya disiapkan dengan cepat. Waktu perjumpaan pula terhad kerana kekangan masa pada waktu bekerja dan mengganggu hari cuti yang sedia ada. Selain dari kos untuk berjumpa sedikit sebanyak menambahkan kos sebenar membuat kad kahwin untuk sesebuah majlis itu.


Proses menentukan design, saiz, dan rekabentuk kad kahwin bukanlah perkara yang mudah. Sebab itulah biasanya ianya akan memakan masa dalam menentukan ciri-ciri kad kahwin yang diidamkan. Biasanya, pihak perempuan adalah lebih dominan dalam menentukan dan membuat keputusan memilih kad kahwin bagi perkahwinan mereka. Mereka ini sangat mementingkan kualiti dan kekemasan kad kahwin mereka nanti. Ini adalah kerana kad kahwin adalah sangat penting bagi memastikan jemputan dapat hadir ke majlis perkahwinan mereka dengan mudah dan lancar. Bagi kebanyakkan lelaki pula, mereka sudah selesa asalkan ada kad jemputan, tak kira la bentuk dan rupa (asal murah dan jimat katanya).

Sejak dari tahun 2008 segala pengalaman dan pengajaran diambil bagi menambah baik perkhidmatan membuat kad kahwin ini. Maka dengan itu wujudlah CuteCreativeCard pada akhir tahun 2013 bagi mengubah secara total perkhidmatan yang sedia ada. Jika sebelum ini pelanggan bingung untuk menentukan tema dan jenis kad kahwin yang mereka, tapi sekarang mereka hanya perlu memilih design yang telah ada mengikut apa yang mereka suka di laman web cutecreativecard.blogspot.com tanpa perlu pening kepala menentukan kad yang bagaimana hendak dibuat kerana design telah disediakan. Hanya perlu memilih. Design dan jenis kad (material kad) juga dimudahkan dengan meletakkan jenis kad yang paling popular sepanjang tahun 2008 sehingga akhir tahun 2010, iaitu kad jenis Art Card setebal 260gsm (kalau nak tebal lagi, ambil 360gsm) dan dilapisi dengan matt sebagai kemasan akhir. Dengan itu pelanggan lebih mudah untuk memilih dan menentukan kad tanpa memeningkan kepala. Selain itu, segala maklumat tentang perkahwinan hanya perlu diisi dalam borang tempahan yang telah disediakan. Peta lokasi pula hanya perlu dihantar melalui email kadsekeping@gmail.com. Dengan semua ciri-ciri online yang disediakan ini, pelanggan tidak perlu keluar mengharungi kesesakan lalulintas dan keluar selepas waktu bekerja untuk membuat tempahan kad kahwin (Ye la, zaman kan bertambah maju dan canggih). Mereka hanya perlu duduk dengan tenang dan relaks di hadapan komputer di rumah yang selesa untuk membuat pilihan dan tempahan.

Harganya betul-betul murah, CuteCreativeCard tidak menyembunyikan sebarang caj perkhidmatan. Semua harga yang dipaparkan di web CuteCreativeCard adalah harga sebenar dengan memberikan sampul percuma, design percuma, dan *penghantaran percuma (*untuk semenanjung Malaysia). Bukan itu sahaja, Rebet juga diberikan bagi mereka yang menghantar sekeping kad kahwin yang sudah siap kembali ke pihak CuteCreativeCard beserta testimoni. Bagi mereka yang ingin menjadi agen CuteCreativeCard, mereka perlu mengisi borang yang disediakan di laman web CuteCreativeCard dan mula menerima komisen dari pihak CuteCreativeCard. Diharap dengan wujudnya CuteCreativeCard ini urusan membuat dan menempah kad jemputan perkahwinan menjadi lebih mudah dan lancar.

p/s: dah like fanpage CuteCreativeCard di facebook? Jom like! www.facebook.com/CuteCreativeCard

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.