Rancang Tempahan Kad Kahwin

Rancang sebelum menempah Kad Kahwin.
Sebuah majlis perkahwinan memerlukan kos yang banyak bagi memastikan majlis berjalan lancar dan teratur. Perancangan dalam menentukan bajet untuk majlis perkahwinan adalah penting bagi memastikan sesebuah majlis perkahwinan itu tidak over budget. Perancangan bajet untuk sesebuah majlis perkahwinan bermula dari sekecil-kecil perkara seperti menempah kad jemputan kahwin sehinggalah ke perkara menempah Andaman, Khemah, jurugambar dan lain-lain yang penting.

Tempahan kad kahwin mungkin dianggap remeh kerana harganya yang murah berbanding dengan harga sewa pelamin, Andaman, khemah dan lain-lain. Tetapi tahukah anda tanpa perancangan yang rapi dari semua pihak keluarga yang terlibat, kos tempahan kad kahwin mungkin akan mencecah ribuan ringgit! Pastikan perkara ini tidak berlaku kerana sepatutnya kos itu boleh dikurangkan jika senarai tetamu yang hendak dijemput telah ditentukan bersama-sama melalui perbincangan bersama keluarga.

Sebagai contoh, pihak pengantin lelaki perlu menentukan jumlah keseluruhan jemputan yang merangkumi jemputan untuk pihak ibubapanya dan untuk pihak sahabat-sahabatnya. Jika jemputan untuk pihak ibubapanya adalah seramai 800 orang dan jemputan untuk pihak sahabat-sahabatnya adalah seramai 600 orang, campurkan jumlah kedua-duanya iaitu menjadi 1400 jemputan. Jika perancangan dalam menentukan senarai jemputan telah dibuat dengan teliti, maka tempahan sebanyak 1400 keping kad kahwin adalah memadai. Tetapi untuk lebih selamat tempahlah sebanyak 1500 keping kad kahwin sebagai persediaan jemputan tambahan. Bagaimanapun, jumlah bagi persediaan jemputan tambahan adalah mengikut perkiraan dan kewajaran yang dianggap sesuai bagi setiap individu. Begitu juga dengan pihak pengantin perempuan, perlu merancang perkara yang sama bagi jemputan majlis perkahwinan di tempatnya. Jumlah keseluruhan jemputan bagi pihak lelaki dan pihak perempuan tidak boleh dicampur kerana majlis adalah berbeza, ini bermakna tempahan adalah berasingan.

Bagi pihak pengantin yang telah menempah kad kahwin sebanyak 1000 keping, bayaran penuh sebanyak RM381 (Harga bagi 1000 keping kad kahwin jenis KADsekeping di www.kadsekeping.com) adalah diperlukan. Sekiranya pihak pengantin mendapati perlu menghantar sebanyak 500 keping kad jemputan kahwin lagi sedangkan 1000 keping kad telah habis diedarkan, maka mereka perlu sekali lagi membuat tempahan baru untuk kad kahwin mereka itu(sama ada di kedai yang sama atau kedai lain). Harga untuk menempah 500 keping kad kahwin adalah lebih mahal berbanding jika pihak pengantin berkenaan telah menempah 1500 keping kad kahwin pada awal tempahan kad kahwin tadi.

Rancanglah jemputan kahwin anda sebelum membuat tempahan kad kahwin di mana-mana kedai kad kahwin bagi menjimatkan perbelanjaan majlis perkahwinan anda. Ini adalah kerana asas percetakan adalah “LEBIH BANYAK LEBIH MURAH.” Anda boleh jimat sehingga 50% jika perancangan untuk menempah kad kahwin ini telah dilakukan. Untuk mendapatkan kad kahwin dengan harga yang murah dan kualiti terbaik anda boleh ke cutecreativecard.blogspot.com dan membuat penilaian harga sebelum membuat tempahan.

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.