Fakta : Kad Kahwin Murah yang Sebenar


Contoh Kad 360gsm Art Card dengan lapisan Gloss Lamination
Bila sebut je kad kahwin murah, terlalu ramai yang menawarkan perkhidmatan menyediakan kad kahwin murah kat luar tu samada online ataupun offline. Bukan niat untuk menafikan 'kad kahwin murah' yang ditawarkan tu, tapi rasa macam tak adil bagi customer yang tidak tahu menahu tentang material kad yang akan mereka dapat untuk 'kad kahwin murah' mereka nanti. Perkara ini lebih teruk lagi apabila mereka yang terlalu teruja nak kad kahwin murah ni menempah kad kahwin murah tu melalui tempahan online. Bila dapat je 'kad kahwin murah' tu dengan automatiknya mereka akan berkata camni "Ini kad kahwin ke atau Kertas Kahwin?"

Sebenarnya tak salah nak bagi harga murah bagi perkhidmatan kad kahwin, tetapi sebagai pelanggan perlu tahu sedikit sebanyak tentang material 'kad kahwin' yang mereka nak tempah. Jangan kan terlalu taasub dengan harga yang murah terus tempah. Betul, kalau boleh nak jimat dalam persediaan perkahwinan ni, tapi jangan sampai rasa tertipu selepas menerima 'kad kahwin murah' yang diterima dari pembuat kad kahwin murah tu. :)

Biasanya kalau dapat kad kahwin yang berharga 0.30¢ sekeping (kebiasaannya dikira untuk kuantiti 1000 keping) memang dah kira murah la tu. Memang layak kad kahwin tu dianugerahkan gelaran Kad Kahwin Murah. Nanti dulu, cuba pastikan apakah jenis 'kad' yang digunakan untuk kad kahwin murah tu? Cetakan pada kad menggunakan berapa warna? (Biasanya pelanggan tak kisah tentang warna ni). Baiklah, di sini saya nak terangkan serba sedikit perkara tentang Kad Kahwin Murah ni.

Pertama:
Pastikan material yang digunakan. Material untuk kad adalah 230gsm ke atas (260gsm, 310gsm, dan 360gsm). Bagi material 230gsm ke atas disebut 230gsm Art Card dan seterusnya. Kalau 157gsm pula,  disebut 157gsm Art Paper, ianya adalah kertas, bukan Kad.

Kedua:
Warna yang digunakan. Adakah ianya 1 warna / 1 color (1c), atau 4 Warna / 4 Color (4c)? 1 warna adalah seperti hitam dan putih sahaja, tiada sebarang variasi. Jika warna merah pun, hanya merah sahaja dibezakan dengan merah terang, gelap, kurang gelap sahaja macam monochrome yang berwarna la. Berbeza dengan 4c, dengan cetakan 4c, kad anda mempunyai lebih dari 1 warna (full color printing), pendek kata macam print gambar sebenar la, macam-macam warna ada dalam tu kan? (bukan hanya 4 warna je hihihi)

Ok, dengan meneliti kedua-dua perkara yang disebutkan tadi, maka dapatkan pelanggan menilai dan menentukan sama ada sesebuah kad kahwin itu murah atau mahal. Perkara ini menjadi subjektif apabila kita mengetahui serba sedikit tentang material dan warna cetakan yang digunakan untuk 'Kad Kahwin Murah' kita nanti. Pastikan Kad Kahwin Murah adalah betul-betul kad, bukan kertas. Untuk dapatkan kad kahwin setebal 260gsm Art Card (size 166mm x 90mm) yang murah, siap dengan sampul dengan harga serendah 0.35¢ sekeping untuk 1000 keping, dan full color printing depan dan belakang, sila layari CuteCreativeCard.blogspot.ocom

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.