Kos Sebenar Urusan Penghantaran Sekeping Kad Kahwin

Artikel ini macam kesinambungan dari artikel bertajuk Rancang Tempahan Kad Kahwin pada post sebelum ni. Berapa sebenarnya kos sebenar ( yang kita tak nampak) bagi urusan menghantar kad kahwin? Ini adalah salah satu faktor kira-kira yang kita kena 'berkira' dalam urusan persiapan menjelang hari bahagia. Mungkin ramai yang tidak peka terhadap kos-kos tersembunyi ini dan beranggapan bahawa kos bagi urusan jemputan kahwin meraka adalah kos membuat sekeping kad kahwin. Sebagai contoh, kos bagi sekeping kad kahwin adalah RM0.35¢ (berdasarkan harga bagi 1000 keping kad kahwin jenis poskad di CuteCreativeCard) maka dengan itu mereka menganggap  itulah dia kos jemputan kad kahwin mereka itu, iaitu RM0.35¢.

Bagi yang sudah melalui alam perkahwinan, mereka mungkin sedar akan perkara yang akan diperkatakan ini sebab mereka pernah mengalaminya, tetapi pada mereka yang masih belum pernah melalui situasi ini hendaklah setting mindset untuk kos sebenar urusan penghantaran kad kahwin. Bila mindset dah di setkan untuk kos ini, maka tak terkejutlah nanti melihat bajet yang digunakan dalam urusan persiapan perkahwinan.

1. Kos Membuat KAD KAHWIN 1000 keping.
Kuantiti 1000 keping. RM350 = 0.35¢ sekeping
Sampul. RM90 (untuk 1000 keping) = 0.09¢ sekeping

2. Penghantaran 1000 keping.
Penghantaran oleh kurier/Kos Minyak + Tol lebih kurang RM50 = 0.05¢ sekeping
Penghantaran ke jemputan (setem) = RM0.60¢ sekeping. (Harga setem lagi mahal dari harga kad)

Ok, sekarang jom kita kira, berapa jumlah kesemuanya? 0.35 + 0.09 + 0.05 + 0.60 = RM1.09 untuk sekeping kad. Wow! Percaya tak? Mahal tu! Harga ini mungkin tidak tepat, tetapi sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menyediakan kos sebanyak RM1.09 untuk sekeping kad jemputan kahwin untuk sampai ke para jemputan dan hadirin.

Kos-kos ini dapat dikurangkan di Cute Creative Card kerana Cute Creative Card tidak ada harga envelope/Sampul, tak perlu nak isi duit minyak untuk ambil kad kahwin yang dah siap ditempah, tak perlu, tak perlu dan tak perlu. Ini kerana Harga bagi 1000 keping Kad kahwin Jenis Poskad termasuk sampul dan penghantaran di Cute Creative Card adalah RM350 sahaja. Tiada caj lain yang menyembunyikan diri disitu :)

Di CuteCreativeCard:
Harga Kad (1000 keping jenis Poskad 260gsm Art Card) + Sampul + Penghantaran ke rumah/tempat kerja anda RM350. Dah jimat banyak kat sini. Untuk penghantaran kepada jemputan, anda perlu pandai meminimakan pengeluaran duit (petrol, tol, setem, dan lain-lain).

Pihak Cute Creative Card berusaha sedaya upaya untuk meminimakan kos bakal-bakal pengantin dalam menyediakan kad kahwin yang berkualiti. Meh la promote Cute Creative Card kat kawan-kawan. :)

4 Comments

  1. perghh... gila mahal... leh wat lanje mende lain dah..

    jumpa ramai2 dan terus bagi ramai2. bg pos bukan tentu diaorang datang.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul, jumpa ramai2 terus bagi je.. tapi nak jumpa ramai2 tu pun kene kira kos jugak. btul tak?
      Sebab tu kene pandai menguruskan duit kita untuk mengurangkan kos penghantaran kad jemputan kahwin kepada tetamu. Artikel ni dibuat untuk menunjukkan kepada org ramai tentang anggaran duit yang mereka perlu sedar yang akan digunakan dalam proses lengkap menghantar kad kahwin tu. :) thanks for the feedback.

      Delete
  2. Wah.. menarik info ni..
    ni baru kos kad kan..
    belum masuk belanje kawen, hantaran, kos makanan dll..
    patut la nk kawen skrg kene menyimapan betul2 kan..
    klu tak.. jenuh juga nk cari.. :-)

    Pokok Manggis Depan Rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. and jangan tak tau lepas kahwin nak pikir beli rumah plak. skrg ni klu gaji RM3k, dapat duk rumah jenis apartment je la kot kalau ada byk komitment lain la cam personal loan n kereta. :'(

      Delete

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.