Tanggapan pada Kad Kahwin berharga Murah

Sebelum ni saya pernah membincangkan tentang apa yang anda perlu tahu tentang kad kahwin murah. Pada artikel tersebut, saya telah membincangkan tentang makna sebenar kad kahwin murah yang perlu kita tahu sebelum membuat tempahan kad jemputan perkahwinan. Pada artikel kali ini, ia  berbeza sedikit kerana saya akan menghurai dan meleraikan anggapan/tanggapan orang ramai terhadap kad kahwin yang kebanyakannya murah di pasaran.

Sebut sahaja kad kahwin murah, mungkin ramai yang akan teruja dan tidak kurang juga yang skeptikal dengan mengatakan " aahh.. kalau dah murah memang tak berkualiti lah!" Ini selalu berlaku pada Cute Creative Card kerana slogannya 'Low Cost Simple Card'. Oleh sebab itu saya berusaha memberi kefahaman kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan untuk memahami 'situasi' sebenar kad jemputan kahwin yang berharga murah di Cute Creative Card.
Contoh Kad Kahwin oleh Cute Creative Card
Kad jenis poskad di Cute Creative Card berharga RM0.35¢ sekeping untuk tempahan sebanyak 1000 keping adalah kad yang paling murah setakat ini di cutecreativecard.blogspot.com. Sebelum membuat anggapan/tanggapan (positif/negatif) terhadap kad kahwin yang murah ini ingin saya memberitahu dan menerangkan tentang ciri-ciri kad jemputan kahwin yang berharga RM0.35¢ sekeping ini. Kad ini berukuran 166mm lebar x 90mm tinggi. Kad jenis poskad ini menggunakan material kad 260gsm Art Card. Setiap tempahan didatangkan sekali dengan sampul surat dan penghantaran terus ke alamat pelanggan. Kemasan akhir pada kad ini adalah menggunakan Aquos Coating. Semua ciri-ciri ini boleh didapati dengan harga hanya RM0.35¢ di Cute Creative Card. Saya menggelarkan kualiti kad kahwin ini sebagai 'Basic' kerana hanya di lapisi dengan lapisan aquos. berbanding Matt Lamination, Gloss Lamination bagi kualiti PREMIUM. TETAPI jangan pandang rendah pada kualiti Basic pada kad jemputan ini kerana ianya menggunakan Art Card setebal 260gsm. Yes ia memang tebal, dan ia dipanggil kad. :)
Cute Creative Card Premium 260gsm dengan Lapisan Matt
Jadi adakah masih relevan 'pemikiran skeptikal' dengan harga murah yang ditawarkan untuk menempah Kad Kahwin di Cute Creative Card? Saya berharap ramai yang akan dapat membezakan antara kad kahwin murah dan berkualiti dan kad kahwin murah yang tidak berkualiti. Kaitkan artikel ini dengan artikel sebelum ini yang telah membincangkan tajuk asas KAD KAHWIN MURAH.

p/s: Psssttt... Harga kad RM0.35¢ itu sudah merangkumi harga pos dan sampul untuk kad jemputan kahwin tu.

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.