Guest Book untuk Wedding

Tak tau la Guest Book ni sama ada tengah musim, atau belum trending kat Malaysia atau masih sangat rare, apa yang saya nak bagitau, amalan Guestbook ni sangat cool. Dulu masa saya kahwin tak terfikir plak nak buat Guest Book bagai ni.
 

Guestbook ni bertujuan untuk para tetamu menandatangan buku atau Banner atau apa-apa sahaja untuk menunjukkan mereka hadir ke Majlis Perkahwinan korang. Opss ini definisi saya sendiri tanpa merujuk wikipedia tau. Kat sini saya sediakan artwork untuk Guest Book dalam format vector untuk korang download dan print.

Benda simple je, tapi agak jenuh jugak la nak trace ranting-ranting tu. Jadi untuk jimatkan masa korang yang nak guna Guestbook camni, boleh la download file yang saya sediakan tu. Free to edit balik, saya pun trace gambar kat google gak. 

Paling ideal korang print gambar ni untuk dibingkaikan sebesar 30 x 20 inci. Pastu pamerkan kat mana-mana laluan atau tempat yang strategik untuk tetamu samada tandatangan atau cap jari diaorang kat ranting-ranting tu. Camna kalau tak cukup ruang? Haa pandai-pandai la korang adjust camna ye.

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.