Kad Kahwin Yang Lebih Simple dan Praktikal

Baru-baru ni saya baru terfikir untuk menjimatkan lagi kos menempah kad kahwin.

Kalau sebelum ni saya ada fokuskan 2 jenis kad iaitu KADsekeping dan LIPATdua, sekarang saya akan fokuskan kepada KADsekeping sahaja.

Banyak yang dapat dijimatkan kat sini tetapi dalam masa yang sama ciri-ciri design dalam kad mengalami beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Muka hadapan dan belakang dimuatkan dengan jemputan.
Berbalik kepada Kad Kahwin jenis KADsekeping ni, ianya adalah bersaiz 166mm x 90mm. Ada yang sudah maklum dan ada yang baru tahu.

Untuk kad bersaiz 166mm x 90mm ini pada perkiraan saya adalah agak sesuai dan praktikal untuk dijadikan kad jemputan kahwin kerana kosnya adalah murah dan kualitinya memang dalam kelas yang memuaskan.

Sebenarnya bukan apa, ada sesetengah orang ni mengatakan "alaa buat kad mahal-mahal nanti dibuang jugak" tapi nak buat yang murah serendah sekitar RM0.35 - RM0.40sen takut tak berkualiti plak kan? Apa plak orang kata nanti. Macam-macam lah kita pikir kalau nak ikut sangat cakap orang ni.

Jadi bagi memenuhi kehendak dan cakap2 'orang' tu (selain ianya membantu untuk bakal pengantin jimat kos), Cute Creative Card menyediakan kad bersaiz 'comel' yang murah dan berkualiti.

Yang paling best, sekarang ni Cute Creative Card dah sediakan opsyen untuk meletakkan 2 majlis dalam sekeping kad bersaiz KADsekeping (166x90mm) ni.

Wah! Makin jimat la kan? Dalam sekeping kad ada 2 majlis. Contoh Kad yang design nya boleh memenuhi ciri-ciri ini (buat masa ini) adalah jenis Cukai Jalan. Dalam 1 kad, korang boleh memuatkan 2 majlis sekaligus.

Walaubagaimanapun, seperti yang saya maklumkan awal-awal tadi beberapa syarat perlu dipatuhi bagi memenuhi sifat 2 Jemputan dalam KADsekeping ni.

Antaranya adalah peta mestilah ringkas dan tiada muka hadapan (frontpage) bagi kad ini. Ye lah kan, dah 2 jemputan, satu depan satu belakang, mana nak letak frontpage nye kan? Tapi masih lagi ianya praktikal dan murah.
Contoh Design 1 Jemputan - Cute Creative Card

Design2 lain yang terdapat di web Cute Creative Card kebanyakkannya masih lagi hanya boleh memuatkan 1 jemputan.

Pihak Cute Creative Card akan menambah design untuk 2 jemputan dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun design 1 jemputan ni ada kelebihan tersendiri iaitu boleh memuatkan frontpage dalam kad.

Pilihan ditangan korang, apa pun Cute Creative Card akan sedaya upaya menyediakan harga terendah. Terima kasih kerana mempercayai Cute Creative Card.

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.