Berbuka Puasa di Cruise Tasik Putrajaya

Kalau nak cari tempat berbuka puasa yang rare, eksklusif dan lain dari yang lain, hotel dan resort bukanlah tempatnya. Memperkenalkan Iftar Fi Sofina di Cruise Tasik Putrajaya.

Keadaan dalam Kapal Cruise Tasik Putrajaya

Ye betul tu saudara saudari sekalian. Cruise Tasik Putrajaya ada buat pakej berbuka puasa dalam Cruise. Sambil berbuka puasa sambil cruising Tasik Putrajaya mengelilingi Putrajaya. Kan ke seronok tu?

Cukup eksklusif kan?

Tempoh belayar

Solat kat mana? Al maklumlah, kalau dah belayar ni nak kena tau jugak kat mana nak solatnya.

Semua peserta yang akan berbuka puasa di dalam Kapal Cruise tu sebenarnya akan berbuka puasa ringan sebelum belayar.

Seterusnya akan solat Mahgrib dan barulah pelayaran bermula setelah semua selesai solat di ruang yang disediakan oleh pihak Cruise Tasik Putrajaya.

Pelayaran ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Dalam tu boleh la makan juadah yang disediakan.

Hidangan Sedap

Juadahnya takdelah rare, antaranya nasi goreng, mee goreng, sate ayam & daging, gulai daging, laksa johor, banyak lagi lah.

Yang saya sebut tu yang saya makan. Betul menu dia biasa je.

Tapi...

Dia punya sedap, sangat-sangat membahagiakan. Saya ambik sikit je mee goreng dengan nasi goreng sebab konon nak melantak laksa johor lepas tu.

Rasa sangat-sangat menyesal sebab tak ambik mee goreng dengan nasi goreng lebih sikit (saya lebih suka mee gorengnya, sedap sangat).

Sate ayam dan Daging dalam kapal Cruise

Nasi Goreng yang sangat sedap. #seriusnih.

Mee goreng ni paling sedap pernah saya rasa. Kalah nasi goreng.

Laksa Johor

Daging gulai kawah

Ayam Goreng berempah
Sebenarnya ada lebih kurang 30 makanan, takkan la saya nak makan semua kan? Pilih yang agak termampu ditampung perut je la.

Harga Pakej Berbuka Puasa Iftar Fi Sofina (Cruise Tasik Putrajaya)

Harga untuk pakej Iftar Fi Sofina (Berbuka dalam Cruise) ini adalah RM120 seorang. Dengan harga tu dapat menikmati juadah berbuka dengan belayar dengan Kapal Cruise sambil menikmati keindahan Putrajaya.
Early Bird: RM120/Adult & RM75/Child
(Tempahan sebelum 16th May 2018)
Normal Price: RM145/Adult & RM77/Child
(Walk-in selepas 16th May 2018)
RM1 dari setiap tiket yang dijual akan didermakan ke rumah anak-anak yatim yang dipilih.
Ada jugak untuk tempahan berkumpulan. Sesuai untuk syarikat-syarikat korporat nak bersidang dalam kapal cruise. Harga untuk kumpulan adalah RM100 per person.

Isteri saya bercadang nak buat sambutan majlis hari jadi dalam kapal cruise. Nak buat tempahan untuk family katanya. Tapi biasanya sekadar cadangan je tu.

Comments

  1. Bestnya !!! Rugi betul tak ambik kesempatan naik cruise ni lebih lebih lagi bila bulan puasa ya. Wah teruja plak ..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.