Maintenance Modenas Elegan 250 kali ke 5

Tu dia. Masuk-masuk tajuk terus maintenance Modenas Elegan 250 kali ke 5. Mana pulak kali pertama dan kedua, ketiga keempat? Tak sempat nak catat sebenarnya.

Isi minyak gear box untuk Elegan 250


Baik.

Mula-mula dulu takut jugak kalau-kalau maintenance Elegan 250 ni mahal.

Maintenance Modenas Elegan 250 kali ke 5

Sebenarnya takdelah mahal mana pun. Sama je macam motor kapcai biasa tu ha. Lagi pulak Modenas Elegan 250 ni tak pakai oil filter. Makin murah lah kan?

Sabar jap. Jangan excited sangat.

Mula-mula saya pilih untuk beli Modenas Elegan 250 ni, saya 'terlupa' untuk ambil kira maintenance motor ni. Main sedap je pilih.

Time tu saya cuma pandang aspek praktikaliti, jimat minyak (takdelah jimat mana), harga murah, jenama yang dipercayai (Kymco).

Harga Kos Maintenance Modenas Elegan Setiap Bulan

Saya betul-betul tak terfikir langsung bab selenggara motor ni. Berapa maintenance bulanan, berapa liter minyak enjin diperlukan dan yang paling penting, berapa kos nak tukar belting CVT motor yang rebadge dari Kymco Xtown 300 ni.

Sekali dah tau, alamak terkejut jugak lah. Harga set belting sahaja RM380 lebih kurang. Belum lagi upah kalau tak silap.

Kalau dibanding dengan Nmax 155, harga belting kalau tak silap saya cuma sekitar RM100 lebih dan perlu ditukar setiap 24k ke 25,000 km.

Berbanding Modenas Elegan 250 yang perlu ditukar setiap 15k ke 16,000 km. Wow! *korek tabung,

Tapi walau macamana pun, saya belum pernah tukar belting Elegan 250 ni. Next service mesti kena tukar dah. Nanti saya update lagi berkaitan tukar belting tu.

Apa yang pasti, harganya (set belting Elegan 250) adalah sekitar RM300 ke RM380. Berbeza mengikut jenama.

Jenis Minyak Enjin dan Minyak Gear Yang Digunakan

Baik, saya nak kongsi berkenaan maintenance bulanan atau perbatuan setiap 3000 km untuk Modenas Elegan 250 ni.

Untuk service pertama, cecah je 1000km saya terus tukar minyak enjin dan minyak gear sekali.

Next 3000km, yang mana odometer time tu dah 4000km, saya hanya tukar minyak enjin sahaja. Minyak gear tak perlu.

Servis Elegan 250 yang kali ke pulak, saya tukar minyak enjin dan minyak gear. Dia selang seli tau untuk minyak gear ni. Bulan ni tukar, bulan depan tak perlu. Tapi setiap kali drain minyak gear, memang jernih sejernih hati saya lah minyak tu.


Berapa kos untuk maintenance Modenas Elegan 250 ni setiap kali servis?

Lain orang lain cara dia jaga motor.

Saya guna minyak enjin yang harganya RM29 dan minyak gear yang harganya RM15 satu tube. Minyak gear ni perlukan 2 tube.

So total adalah;

  1. RM29 (Minyak enjin 1 liter) Jenama Hi Rev
  2. RM30 (Minyak gear x 2 tube) jenama Hi Rev jugak.

Jumlah keseluruhan RM59.

Resit bayaran untuk servis maintence Modenas Elegan 250
Tapi itu bukanlah jumlah tetap setiap kali saya servis Modenas Elegan saya ni ha.

Kalau saya tak tukar minyak gear, saya hanya perlu bayar minyak enjin 1 liter yang berharga RM29. Betul tu, Modenas Elegan 250 hanya perlukan 1 liter minyak enjin je. Dan tak perlu pakai oil filter.

Kadang-kadang saya guna minyak yang harga RM37.

Jadi amacam?

Murah ke mahal maintenance Modenas Elegan 250 ni? Saya nak tau jugak pendapat korang.

Mohon tinggalkan komen okay.


Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.