Harga Sewa Kereta Murah Sabah dan Labuan

Kereta sewa memang perkara pertama yang sepatutnya difikirkan bagi mereka yang nak ke Sabah. Selain dari nak harga yang murah dan berpatutan, servis terbaik untuk hantar kereta sewa ke airport dan hotel adalah penting. Berapa harga sewa kereta murah Sabah dan Labuan yang boleh korang dapat?
Produa Axia Auto

Tempat pickup kereta Sewa sekitar Sabah dan Labuan

Kebanyakan syarikat yang sediakan perkhidmatan kereta sewa ni memang akan tolong hantar kereta yang nak disewa ke lapangan terbang atau hotel tempat menginap.

Ini untuk memudahkan kita sebagai pelancong. Sampai kat airport je terus ada kereta untuk berjalan-jalan kat Sabah atau Labuan.

Antara tempat nak pickup kereta sewa kat area Sabah dan Labuan ni adalah;
  • Airport Kota Kinabalu Terminal 1 (KKIA 1)
  • Airport Kota Kinabalu Terminal 2 (KKIA 2)
  • Airport Labuan
  • Hotel Airport View
  • Beaufort
  • Hotel Labuan Point (Baru) bersebelahan SESB
  • Hotel Mariner Labuan
  • Hotel Pulau Labuan
  • Hotel Pulau Labuan 1
  • Labuan
  • Pekan Kota Belud
  • Semua Hotel kawasan Kota Kinabalu
  • Sutera Harbour Hotel
  • Tang Dynasti Hotel Kota Kinabalu
  • Hotel Shang-ri La Bandaran Kota Kinabalu
  • Menumbok
  • dan banyak lagi.

Senarai dan Jenis Kereta

Biasanya harga sewa kereta kat sekitar Sabah dan Labuan tak banyak beza. Cuma kena pandai nak cari mana yang berkenan kat hati dengan harga yang bepatutan.

Senarai Harga sewa kereta di Kota Kinabalu

  1. Perodua Viva 660 - RM80 sehari (Paling murah)
  2. Perodua Axia - RM110 sehari
  3. Perodua Myvi - RM130 sehari
  4. Perodua Bezza - RM150 sehari
  5. Produa Alza - RM180 sehari
  6. Toyota Innova - RM250 sehari
  7. Toyota Hilux Vigo 4WD - RM300 sehari

Senarai Harga sewa kereta di Labuan

  1. Nissan Grand Livina 1.6 MPV - RM99 sehari
  2. Toyota Avanza 1.5 MPV - RM99 sehari
  3. Suzuki APV 8 Seater - RM89 sehari
  4. Toyota Vios (A) - RM88 sehari
  5. Perodua Axia (A) - RM70 sehari
  6. Perodua Bezza (A) - RM70 sehari
  7. Proton Saga BLM (A) - RM70 sehari
  8. Produa Myvi (A) - RM70 sehari
  9. Perodua Viva (A) - RM55 sehari
  10. Perodua Viva 660 (M) - RM48 sehari
  11. Honda Civic (A) - RM180 sehari
  12. Mitsubishi Lancer (A) - RM150 sehari
  13. Mercedes Benz W203 - RM150 sehari
  14. Toyota Innova MPV - RM138 sehari
  15. Toyota Rush (A) - RM138 sehari
  16. Proton Exora (A) MPV - RM130 sehari

Cara Tempah Kereta Sewa

Kebanyakkannya memang murah sewa kereta kat Labuan ni. Kalau nak order online pun boleh kat laman web Kulambaijaya, atau boleh terus call dan Whatsapp 0133732733.

Boleh tanya dulu atau terus tempah kereta sewa untuk sekitar Sabah dan Labuan.



Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.