Harga Tukar Absorber Mounting Perodua Viva


Masa saya pergi tukar minyak enjin untuk Perodua Viva kat satu bengkel area Bandar Sri Putra ni, tokey tegur untuk tukar absorber Mounting sekali. Saya tanya berapa harga tukar absorber mounting Perodua Viva kat bengkel dia?

Ok sebelum tu, taukey tunjukkan kenapa absorber mounting kereta saya perlu ditukar. Memang kondisi dia agak teruk. Getah kat absorber mounting tu dah lusuh.

kondisi absorber mounting yang dah rosak. Longgar.

Bila dah nampak keadaan yang longgar camtu, saya terus tanya harga. Sebab boleh effect kat chamber kalau tak ditukar secepat mungkin.

Taukey tu cakap harga barang RM95 (one side), ada offer katanya. Kalau tak harga biasa RM153 (memang tertera harga ni kat kotak absorber mounting yang baru).

Memandangkan bajet pun agak ketat time tu, saya just proceed untuk tukar minyak hitam kereta je.

Masa on the way balik rumah, saya teringat pernah berborak dengan sepupu wife pasal absorber mounting ni. Tak silap harga untuk sebelah je baru RM35 la camtu.

Time tu jugak nak tanya balik kat dia. Tapi nombor pulak takde hehe.

Inilah keadaan absorber mounting yang dah longgar.

Harga Tukar Absorber Mounting Perodua Viva

Mujur la saya ada beberapa kawan kerja bengkel. So terus tanya kawan yang ada bengkel kat Subang.

Dia cakap harga barang (absorber mounting) tu tak mahal. RM36 je sebelah. Kalau sepasang (kiri dan kanan) baru RM72.

Kira jauh lebih murah la kan? RM95 vs RM36. Beza RM59 untuk 1 barang! Itu sebelah je, kalau 2 belah (sepasang)? Mau Rm118.

Tapi dia bagi harga lengkap;
  • Absorber mounting 2 pcs (1set) - RM72
  • Chamber adjusting 1 side RM30 - RM60
  • Alignment - RM30
  • Upah - RM50
Fuh! Total RM212 jugak.

Jadi harga ni boleh dijadikan panduan untuk korang yang nak tukar absorber mounting kat mana-mana bengkel. Kira ni harga lengkap la.

Mungkin ada bengkel boleh bagi harga murah sikit, atau mungkin ada yang bagi mahal sikit dari harga ni.

Murah banyak dah kira best lah kan?

Yes, itu yang saya cari.

Saya cuba tanya kawan lagi sorang. Ni kawan yang pernah tolong tukarkan bearing tayar yang berbunyi sebelum ni. Kerja kemas dan suka tolong kawan-kawan.

Dia cakap memang harga lebih kurang je mana-mana bengkel pun.

Guna Absorber Mounting Alza, sesuai masuk Viva

Memandangkan saya nak cepat tukar absorber mounting viva saya yang dah longgar dan lemah gemalai tu, dan dia tengah free time tu jadi saya mintak dia untuk tukarkan satu set.

Kawan saya ni pun beli la absorber mounting kat kedai spare part kereta.

Tapi yang tak bestnya, dia beli yang mahal sikit. Katanya beli absorber mounting untuk Perodua Alza. RM89 katanya.

RM89 untuk sepasang ye (kiri dan kanan) absorber mounting Alza.

Absorber mounting untuk Perodua Alza ada bearing kat tengah-tengah tu.

Dia cakap kalau pakai Alza punya tahan lama sikit, sebab ada bearing.

Saya pun proceed je la.

Hasilnya?

Dah siap pasang. Kemas tak?
Saya sangat puas hati. Pemanduan rasa lebih padu. Dah takde goyang-goyang. Cuma macam terlebih ringan la sebab bearing la mungkin.

Kalau yang standart Viva punya kan getah je. Jadi macam grip sikit la.

Total Kos

Apapun saya puashati dengan absorber mounting Perodua Alza yang dipasang ke Perodua Viva ni.

Owh ye, untuk projek ni saya bayar kat kawan saya RM30 sebagai upah, dan alignment saya hantar sendiri ke kedai tayar kena RM20 (memang standart la ni).

Total kos;
  • Absorber Alza RM89 (kira dan kanan sekaligus)
  • Upah RM30
  • Alignment Rm20
Semua RM139 sahaja.

Kalau dapat harga RM200 pun masih lagi berbaloi. Sebab kerja nak bukak absorber mounting dan pasang yang baru bukanlah kerja senang dan perlukan alatan khas.

Elok leverage je kan? dan paling best kalau dapat murah. Siapa tak nak?

Absorber mounting ni katanya perlu tukar setiap kali 35,000 KM. Kereta viva saya dah cecah 180,000KM dan ini baru kali pertama nak tukar.

Harapnya lepas guna absorber mounting Alza ni boleh la tahan lama sikit. hehe!

Thanks sebab baca sampai habis. Apa kata tinggalkan komen sikit?

2 Comments

  1. salam bro kedai tukar mounting absober tu dimana?
    bole share?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada share kat artikel bearing tayar viva berbunyi tu. :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.