Betul ke ada Perlindungan Kad Kredit HLA

Baru-baru ni ada pihak dari Hong Leong Assurance (disebut HLA) call cakap nak offer perlindungan kepada Kad Kredit saya. Biasalah benda-benda camni memang saya suspicious.

Telemarketer offer perlindungan kad kredit


Perlindungan Kad Kredit

Actually nombor yang call tu pun bukanlah dari HLA pun. Mungkin dari nombor staff HLA yang disediakan oleh pihak HLA untuk telemarketer hubungi customer kad kredit ni.

Biasanya saya memang tolak awal-awal benda camni.

Rasanya kalini dah kali ke 4 kot telemarketer call untuk offer perlindungan kad kredit ni. Yang kali ni dia call guna nombor 0327195111.

Kali yang ke 4 ni saya setuju untuk di caj kad kredit saya sebagai 'wang perlindungan' sekiranya saya lambat bayar jumlah kad kredit saya.

Kalau saya bayar jumlah penggunaan kad kredit awal camna? Adakah di caj?

Tidak. Mereka hanya caj sekiranya kad kredit saya tak dibayar mengikut waktu yang ditetapkan iaitu sebelum 23 haribulan setiap bulan.

Adakah benda ni scam?

Jadi saya call pihak Hong Leong Bank bahagian kad kredit untuk bertanya tentang perkara ni di nombor 03 7626 8899.

Soalan saya : Betul ke ada perlindungan insuran kad kredit Hong Leong dari Hong Leong Assurance?
Pegawai bank : Betul encik, memang ada. Tapi itu under insuran yang diurus HLA bukan bahagian Kad Kredit Hong Leong.

Jadi betul lah.

Benda ni bukan scam. Cuma insuran.

Satu sistem yang melindungi (membayar hutang tertunggak) kalau pemilik kad kredit tak dapat bayar jumlah tertunggak disebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. Mintak dijauhkan.

Faktor lain kenapa saya setuju untuk aktifkan perlingan kad kredit ni.


  • Caj yang rendah 0.65% dari jumlah tunggakan kad kredit beserta late charges dan faedah kad kredit.
  • Telemarketer yang call tak cakap pun "anda terpilih" atau "anda bertuah" yang pada saya menunjukkan ianya adalah real bisnes.
  • Sebab saya nak support sistem dan berkongsi rezeki kepada yang terlibat dalam sistem ini.
  • Perlindungan kepada kad kredit.
  • No risk, boleh batalkan bila bila masa dengan menulis notis pembatalan 15 hari awal kepada pihak HLA dengan sertakan nombor polisi.


Jadi korang yang dihubungi oleh telemarketer ini, boleh tolak kalau rasa tak perlu.

Pada saya, saya terima. Korang pulak macam mana? Cuba komen sikit kat bawah ni.


Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.