Safi Shayla Anti Kelemumur

Masa kecik dulu saya selalu jugak terfikir, kenapa kulit kepala orang boleh tumbuh kelemumur? Bila dah meningkat dewasa ni, ambik kau, masalah kelemumur dah macam kawan karib. Banyak je syampu yang cakap boleh settle masalah ni, termasuklah Safi Shayla anti Kelemumur.
yang biru ni anti-kelemumur, bukan anti virus ye.


Ni nak cerita ni,

Masa pelancaran Safi Shayla yang baru ni, saya terlibat la sekali untuk memeriahkan majlis tu. Safi Shayla launch beberapa jenis syampu baru yang packaging dia memang refreshing la.

Memang la Safi Shayla ni sinonim dengan syampu untuk wanita bertudung kan? Tapi boleh je kalau lelaki guna. Apa ada hal.

Selain syampu, Safi Shayla ada jugak melancarkan produk lain;

  1. Minyak rambut
  2. Serum rambut
  3. Mist 2 dalam 1 rambut & Hijab
  4. dan opkos syampu (ada banyak jenis)

Yang minyak rambut tu katanya ada 3 jenis,

  1. anti kering
  2. kawalan rambut gugur
  3. anti kelemumur

semua ni berharga RM11.90 (100ml)

Untuk syampu pulak, ada banyak. Tapi meh saya nak kongsi kesan dari penggunaan Syampu Safi Shayla anti-kelemumur.

Boleh tahanlah kesan dia.

Sekali pakai, rambut memang rasa lembut. Mungkin sebab formulasi baru yang pihak Safi Shayla apply.

Betul beb, sekali basuhan je dah terasa kurang kelemumur. Jadi nak hilang kelemumur kena buat banyak kali basuhan ke?

Oh no no, saya jenis tak berani pakai syampu setiap hari.

Seminggu mungkin 2-3 kali je. Lain orang lain caranya. Tapi itu cara saya. Apa yang saya nak tekankan kat sini dengan sekali basuhan memang dah boleh rasa effect kurang kelemumur dan rambut yang lebih lembut.

Yang pink tu untuk licin dan terurus.
Ecewah.

Boleh la masukkan syampu Safi Shayla yang anti-kelemumur ni dalam list korang kalau nak hilangkan kelemumur.

Selain tu, korang takleh berharap kat syampu je. Kena rajin bersenam dan tidur awal.

Ini pengalaman peribadi.

Bila rajin bersenam ni, jogging contohnya, darah akan mengalir cantik. Muka akan nampak berseri pastu kulit kepala pun jadi sihat.

Serius cakap. Jangan percaya, just buat. Thank me later.
Nampak macam aktif kan?

Ok korang boleh dapatkan Syampu Safi Shayla Anti-Kelemumur ni kat pasaraya-pasaraya terkemuka. Kat kedai runcit pun ada la, jenama terkenal kot.

Maklumat lanjut pasal Safi Shayla, boleh tengok kat Facebook rasmi, Instagram dan Youtube Safi Shayla.

:)

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.