Syampu Badan Boleh Cuci Muka Sekali - Dashing 2 in 1

Lelaki sifatnya simple dalam banyak perkara. Dari nak pilih baju, nak makan, nak travel, bahkan nak pilih sabun mandi pun simple. Haa sedang eloklah Dashing keluarkan produk syampu badan boleh cuci muka sekali. Hidup makin simple.
Dashing 2 in 1 Body and Face Wash


Syampu Badan Boleh Cuci Muka Sekali

Kami ni laki, walaupun simple kebersihan mestilah tetap dijaga.

Dah nama pun lelaki, mestilah aktif kan? Bekerja, bersukan, berekreasi bersama keluarga (macam lirik lagu) semua tu memang sinonim dah dengan lelaki.

Dashing 2 in 1 Muka & Badan ni memang dicipta untuk mereka-mereka yang aktif ni lah.

Apa? Yang jenis tak aktif kerja duk depan PC seharian? Boleh je guna takde hal.

Ada Wangian Dashing EDT

Syampu ni kan, selain dia boleh cuci badan dan muka sekaligus, ia juga wangi tau.

Betul wangi. Wangi sebab apa?

Sebab diformulasi dengan pewangi Dashing Eau De Toilette (EDT) yang membuatkan saya wangi macam pakai pewangi sejurus selepas mandi.

Wangian ni direka khas untuk menonjolkan ciri maskulin lelaki. Bukan pheromon ye hahaha!
EDT 2 in 1 Dashing Active Body and Face Wash
Salah satu syampu badan Dashing yang popular adalah Dashing Active.

Dah nama pun aktif (Active) dah tentu la sesuai untuk lelaki yang lasak. Yang tak lasak takyah citer.

Haruman untuk yang botol hijau ni (Active) gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

Dashing 2 in 1 Face Body Wash Hattrick botol biru
Yang ni pulak Dashing 2 in 1 Body Wash Hattrick. Botol kaler biru. Yang ni aroma dia bersifat misteri.

Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.

Harga

Harga untuk setiap satu ni adalah RM17.90 untuk 700ml. Kira berbaloi la sebab boleh buat multitask hehe..

Dengan harga RM17.90 boleh dapat syampu basuh badan dan muka sekaligus. Dasat.

Nak beli boleh la cari kat pasaraya-pasaraya kat tempat korang.

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.