Pos Hantar Barang Cepat Guna Lalamove, 1 Jam Terus Sampai - Lalamove Review

Kira pantas lah penghantaran barang guna Kurier Lalamove ni? Sebenarnya bukan courier, ianya adalah servis penghantaran barang secara on-demand. Kiranya pos hantar barang cepat guna Lalamove.

Apps Lalamove


Pos Hantar Barang Cepat Guna Lalamove

Banyak je syarikat yang tawarkan penghantaran barang kat Malaysia ni.

Dari yang separa kerajaan sampailah yang swasta.

Macam-macam pilihan.

Ada yang cepat, ada jugak yang lambat berminggu-minggu tak sampai. Biasanya alasan banyak lambakan barang lah.

Tapi kita ni sebagai pengguna tak perlu mengeluh.

Sebab apa?

Sebab kita ada pilihan.

Ni ha, muncul satu lagi servis yang saya rasa memang bagi saingan kepada penyedia perkhidmatan penghantaran barang yang sedia ada.

Lalamove.

Hantar barang mengikut kiraan Minit

Tak sampai 1 jam, pesanan Salad untuk lunch sampai. Dihantar oleh Lalamove.

Lalamove mula beroperasi kat Hong Kong sejak 2013.

Lepas tu mereka luaskan lagi operasi ke lebih 100 buah bandar di seluruh China dan Asia Selatan.

Spesifiknya, sekarang dah beroperasi kat Malaysia selain China, Hong Kong, Singapura, Vietnam, Thailand, Filipina dan Taiwan.

Biasanya kalau nak hantar barang, kita perlukan at least 2 hari untuk barang sampai ke penerima kan?

Tapi dengan Lalamove, saya boleh hantar barang bila-bila masa dan ianya akan sampai pada hari yang sama.

Masa penghantaran dikira dengan minit. Bukan hari.

Kiranya kalau dah pukul 5 petang pun, saya boleh menghubungi pihak Lalamove (sebenarnya menggunakan apps Lalamove) untuk menghantar barang saya.

Contoh la,

Saya bisnes simkad Onexox, satu hari tu jam 5 petang ada user dari Ampang call, perlukan simkad gantian. Simkad dia rosak.

Urgent katanya. Nak malam tu jugak.

Saya pulak ada urusan nak dibuat malam tu kat Kajang.

Takkan la saya nak call Grab untuk hantar simkad gantian tu betul tak?

Nak pos laju pun belum tentu sampai malam tu jugak. Paling-paling seminggu.

Jadi saya boleh guna perhidmatan Lalamove dengan menggunakan apps Lalamove yang boleh didapati kat Playstore dan Apple Store.

Pemandu Lalamove akan ambil simkad tu dan hantar ke user di Ampang on the dot.

Kontra.

Dalam banyak-banyak kelebihan yang Lalamove tawarkan, satu yang kontra adalah harganya yang agak tinggi berbanding pesaing lain.

Tapi,

Harus diingat, ini adalah perkhidmatan penghantaran on-demand.

Macam korang nak naik grab, takkan la nak pergi Ampang dari Kajang, naik petang ni sampai esok kan?

Camtulah analoginya.

Assign penghantar/pemandu guna Apps Lalamove, serah barang yang nak dihantar, dan pemandu akan terus hantar time tu jugak.

Buat masa ni ada lebih kurang 1300 orang pemandu berdaftar dengan Lalamove.

Hantar atau Delivery Makanan?

Selain dari hantar barang, Lalamove ada jugak sediakan perkhidmatan penghantaran makanan.

Contoh la korang nak makan  Nasi Lemak Husna (kat area KL) untuk lunch, nak drive jem pulak kan?

Rasa macam tak berbaloi je keluar opis semata-mata nak beli nasi lemak tu.

Apa lagi, gunalah apps Lalamove ni untuk dapatkan Nasi Lemak Husna tu. Mereka akan hantarkan.

Semua fungsi ni ada dalam apps Lalamove. Kena rajin selongkar la fungsi-fungsinya.

Saya terangkan secara general je.

Caj Perkhidmatan dan Kenderaan Lalamove


Caj perkhidmatan Lalamove bermula dari RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran, bukan ikut berat barang. Wow!

Selain tu jugak, Lalamove ada sediakan perkhidmatan hantar barang guna Van dan Kereta. Bukan Motorsikal je okey.

Kiranya sistem ni membantu para peniaga jimat lebih 70% dari segi kos penghantaran dan operasi di samping memberikan lebih kawalan dari segi keperluan penghantaran harian mereka (peniaga).

Secara purata Lalamove menyempurnakan lebih 300 penghantaran setiap hari.

Apa yang saya nampak, aplikasi Lalamove ni bakal mengikatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana malah akan menambah baik ekosistem penghantaran barang di Malaysia.

Install sekarang aplikasi Lalamove. User baru gunakan Code : GOODNEWS untuk potongan harga RM8.
Gunakan promo code GOODNEWS untuk potongan RM8.

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.