Punca Nombor Kena Banned oleh Whatsapp, Baik Elakkan.

Masih ada yang tak mengaku dah langgar terma dan syarat Whatsapp bila akaun kena banned. Diaorang rasa tak buat apa-apa kesalahan. Sebenarnya mereka ni tak tahu punca Whatsapp kena banned.
Nombor disekat menggunakan Whatsapp.


Kalau dulu ada kes banned beramai-ramai secara berjemaah pengguna Whatsapp yang telah diubah suai (Modded Whatsapp).

Kalau tak silap Whatsapp plus ke apa.

Tak lain dan tak bukan, secara judgementalnya saya anggap sebab Whatsapp plus ni tak jaga base dia untuk sync dengan Whatsapp Official.

Memang kantoi la dengan Whatsapp Inc.

Urang Sabah cakap kedapatan.

Punca Nombor Kena Banned oleh Whatsapp

Bagi saya Whatsapp adalah tools, tapi kita perlu jaga adab dalam menggunakan tools yang memudahkan kerja kita.

Selain menggunakan Apps yang stabil (modded Whatsapp), tatacara menggunakan Whatsapp juga perlu betul.

Antara punca Whatsapp kena banned adalah; (Tak kiralah Whatsapp Official atau Modded Whatsapp)

  1. Hantar mesej secara pukal kepada user yang tak save nombor kita. (Bukan broadcast)
  2. Diblok oleh user Whatsapp lain dalam jangka masa yang dekat. Ni kes broadcast kat siapa-siapa ntah, udahnya diblock. Padan muka.
  3. Buat group, pastu masukkan orang yang tak save nombor kita dalam contactnya.
  4. Hantar mesej kepada ramai orang (walaupun orang tu save nombor kita). Kena broadcast beb. Bukan select satu persatu. Tu cari pasal namanya.
  5. Gunakan profile picture yang tak senonoh (lucah, kejam, dll). Ini rare case.
  6. Guna Whatsapp modify yang tak stabil macam OG Whatsapp, Whatsapp plus. Nak yang stabil? Baca pasal GB Whatsapp.

Ok, sekarang korang dah tahu punca-punca Nombor korang kena banned oleh Whatsapp.

Camna pulak nak dapatkan balik nombor yang kena banned?

Tengok video ni. Saya ada terangkan secara ringkas bagaimana korang boleh recover balik nombor yang kena banned dengan Whatsapp.

Tolong gunakan Whatsapp dengan cara yang betul.

Jangan 'rosakkan' environment chat messaging popular kat Malaysia ni.

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.