Lampu Bateri Kereta Viva Menyala

Lepas saya hantar repair kereta viva saya kat satu bengkel ni, ada satu lampu kat panel meter yang menyala. Ye, lampu bateri kereta Viva menyala.
Lampu bateri menyala

Pelik.

Sebab saya baru je tukar bateri kereta Viva ni 3-4 bulan lepas.

Lampu bateri tu menyala bila saya tekan pedal minyak. Maksudnya time accelerate la.

Kalau time idle dia tak menyala pulak.

Lampu bateri Kereta Viva Menyala

Jadi saya bawak la ke kawan saya yang pakar bab kereta ni.

Dia buat ujikaji ringkas.

Start kereta, dan cabut bateri.

Yes. Kereta mati.

Jadi apa maksudnya?

Bateri takde masalah. Yang masalah adalah altenator kereta.

Ye kawan-kawan.

Kalau lampu bateri kereta korang menyala, sedangkan bateri baru lagi, tak lain dan tak bukan, ianya adalah masalah alternator.

Harga Alternator Viva Baru 

Untuk Perodua Viva Elite, harga alternator yang baru adalah RM150.

Yang atas tu baru/rekon. Yang bawah tu dah kong.
Saya tak pasti ianya recond atau baru.

Yang saya pasti alternator ni nampak baru dan dalam kotak.

Cumanya bukan jenama Perodua la 😅

Jadi lepas je tukar alternator baru, takde lagi masalah lampu bateri kereta viva menyala lagi.

Upah dan harga barang

Total kos saya untuk tukar alternator untuk kereta Viva saya ni adalah RM150 (alternator) + RM40 (upah) = RM190.

Berapa pulak kat tempat korang?

Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.