Tukar Tayar Modenas Elegan 250 (Belakang)

Setelah skuter Modenas saya melepasi 20,000 km, maka tibalah masa untuk tukar tayar. Ye guys. Tukar tayar Modenas Elegan 250.

Baru je lepas tukar belting untuk Elegan 250 ni, ingatkan setel dah. Rupanya kena tengok benda wear and tear yang lain.



Tukar Tayar Modenas Elegan 250 (Belakang)

Ikutkan memang tau dah tayar tu botak. Cuma tak perasan pulak ada gelembung udara kat beberapa tempat tu.

Kebetulan hari cuti haritu saya rajin basuh motor. Ini hikmahnya, saya nampak gelembung udara kat tayar. Macam ada layer pertama getah tayar tu mengembung.

Bukan bengkak. Tapi dia ada udara.

Jadi tanpa berlengah, saya terus cari kedai untuk tukar tayar motor ni.

Kedai tukar dan harga tayar Motor Modenas Elegan

U know what, dari Seri Kembangan ke Shah Alam cari tayar Modenas Elegan ni semua kedai takde stok.

Kat Shah Alam rata-rata semua kedai takde stok kecuali kat satu kedai area Seksyen 16 (lupa nama kedai). Ada 1 stok tapi harga Rm290 untuk jenama Pirelli Rosso for scooter.

Lepas tu saya baru teringat, kat Sendayan Motor mesti ada stok. Terus call Sendayan Motor tanya berapa harga tayar belakang ME250? Saiz 150/70 13. Dia cakap RM298 jenama Daily Ride.

Errr tak pernah dengar pulak jenama tu. So takpe saya hold dulu.

Kembali ke Seri Kembangan, ada satu kedai ni namanya Artic Tyre, jenama Pirelli Diablo Rosso jugak. RM270. Wah! Murah ni.

Tapi kebetulan saya tak bawak cash. Owner kedai cakap pulak mesin untuk kad rosak. Takpelah. Esok saya datang bawak cash. Cadangnya camtulah.

Dapat Harga Murah Untuk Tayar Modenas Elegan 250

Dalam masa yang sama saya cuba tanya kat Group MEDT 250 kat Facebook.

Ada yang bagi nombor brother sorang ni.

Helmi Reza. Whatsapp la dia 0193274525. Bagitau la kat dia dapat dari blog ni.

Sebab apa kena contact dia?

Sebab dia boleh bagi harga murah untuk tayar motor Modenas Elegan 250. Ye, kena contact dulu.

Harga memang berpatutan. Siap pasang!


Saya baru je setel pasang tadi. Harga belting pun boleh tahan murah kat kedai tu. Ye, murah. Ada 3 version. Taiwan, China, Indonesia.

Berbalik cerita tukar tayar Modenas Elegan 250 ni, Alhamdulillah. Semua berjalan lancar, harga dapat murah, dan pomen pun skillful dan peramah.

Oh ye,

Saya tukar sekali brake pad Elegan 250 saya ni. Sebab dah nipis sangat. Harga siap pasang yang sangat berpatutan. Jenama Racing Boy.






Comments

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.